Thursday, May 04, 2006

GAJI KAKI TANGAN AWAM

Aku nak tulis nie pasal gaji kaki tangan kerajaan. Kesian aku tengok kena hentam kat parlimen la, kat surat kabo la, kat Ketua Jabatan la, macam2 lagi orang komplen tak puas hati terhadap mutu perkhimatan kaki tangan k'jaan. Ni orang yang suka komplain orang ni hebat sangat ke dia? Sikit2 silap tu biasa la. Ni lambat sikit dapat perkhidmatan dah komplain. Apa la.... Aku sebenarnya nak tulis pasal CEUPEC ni. Tolong hampa pikiak betui2 yang hampa bersetuju dengan sistem gaji SSB dah tu SSM lak . Betui ka untungkan kakitangan. Hampa tau dak sebahagian "untung" sebahagian lagi "menderita". Aku nak habaq kat hampa, macam mana untung dan rugi. Orang yang dapat P2 & P3 semasa SSB lega la. Entah2 dah pi gaji Kanan atau tertinggi, pasai dah 2/3 kali menegak melintang. Kawan yang tak dapat penin dan menderita. Pasai apa? Pasai sistem SSM mereka kena dok exam baru boleh naik P2. Dah lului pun belum tentu naik P2 lagi. Pasai ada kuota. Dapat Cemerlang pun hanya dapat duit sekali ja... tapi zaman SSB orang ni naik P2. Dengan sokongan 'Boss' je... dapat naik gaji tapi dengan SSM kena lului exam dulu. Tu pon kalau lului cukup makan kira tak lului la tu. Kalau takat lului tahap 3 je...kira tak lului la tu. Kena lulus tahap 4 baru boleh Boss kira2 utk naik P2. Jadi orang CEUPAC ni cuba hang pikiak jawatan sama, tugas pun sama. Dok buat kerja sebelah meja je.. tapi sorang dapat gaji lebih dan sorang lagi memendam rasa kerana Boss tak pernah rekomen untuk naik P2. Bukan pasai Boss tak nak bagi pasai tak buat kerja tapi Boss bagi pasai itu 'favorite' Boss. Bolehkah buat kerja dengan senang hati dan selesa. Jadi Aku rasa yang sebenaqnya gaji zaman dulu tu yang paling betui (Gaji kabinet) adil dan saksama. Aku harap CEUPAC kali nie minta Kerajaan atau buat cadangan supaya gaji kakitangan kerajaan dibuat pelarasan semula dan hanya satu paras je. (P1 je) tadak P2 ka atau P3. Yang perlu diperbanyakkan peluang kenaikan pangkat. Exam2 tu tak payah la kerana orang berkerje nie bagi latihan bukan exam. Kalau betul nak suroh belajaq hantar mereka ni masuk kolej secara part time atau full time. Bagi gaji penoh. kalu tadak keluarga nak makan apa nanti. .......tolong sambungkan......

1 Comments:

Blogger mael said...

Setuju2....
PA yg nak sambung belajar sila bagi gaji penuh.barulaa boleh mengaji dgn hati dan fikiran yg tenang serta dapat result yg cemerlang.Pastu boleh naik pangkat tanpa banyak cengkadak ketua jabatan.
Bagi jawatan yg menggunakan sijil,(selain Sijil Pelajaran Malaysia) bagilaa gaji sijil.Bukan gaji SPM.Barulaa 'adil.
Gaji baru ni pun kenalah ikut berapa tahun sudah berkhidmat.Bkn ikut tangga gaji yg terdekat.Tiada beza+keistimewaan untuk yg telah lama berkhidmat.
Kenaikan pangkat mengikut time based (kecuali bg pegawai perubatan+pergigian) maksimum 10 tahun(sebaiknya 5 tahun je) untuk semua jawatan.Kalau berkhidmat 20 tahun dpt jgk 2 kali naik pangkat berbanding sekarang kena tunggu setiap 15 tahun.Buat macam polis dan tentera,ade byk peluang untuk naik pangkat.Barulaa lebih semangat untuk kerja dgn cemerlang(sekarang pun berkhidmat dgn sepenuh hati dah).Ke guane???

7:12 AM  

Post a Comment

<< Home